Wednesday, June 30, 2010

Bagaikan Duyung (Bab 5: Mentari Senja) Akhir

Bab 5: Mentari Senja
Entah mengapa hati Mariam tidak sesedap selalu, seperti ada benda buruk akan berlaku. Nasi yang ditanak menjadi mentah akibat tidak cukup kayu api. Sudah seminggu Mariam tidak masuk hutan mencari kayu api kerana tidak sihat, Maria pula sudah memboyot perutnya. Adib pula makin kurang gilanya cuma meracau sekali dua. Kata pawang Teli dari kampung sebelah, Adib diganggu suatu kuasa yang kuat. Menurut pawang itu kuasa dari laut itu terlalu kuat untuk ditolak, hal ini kerana Adib telah berjanji dengan seseorang dari laut yang telah menyelamatkan nyawanya ketika dia lemas dilaut dahulu. Sekarang kuasa itu menuntut janji Adib.
Maria meletakaknan air kopi bancuhannya kedalam cawan, Adib berada di beranda memandang kelaut sambil kedua tangannya ditekup ketelingga. Maria memberi cawan kopi itu kepada suaminya.
Tiba tiba, " pergi..pergi kau.. aku takkan ikut kau.. pergiiii!!!"terkejut Maria melihat suaminya meracau sambil berdiri seperti menghalau seseorang. " kau jangan ganggu aku... jangan ganggu keluarga aku!!!" racau Adib lagi. "Abang?.. mengucap abang.." kata Maria memujuk Adib yang seperti takut akan sesuatu. Kilat sambung menyambung, tidak semena mena tanpa angin atau ribut. Suasana bertukar mendung bagaikan bakal hujan lebat, sinar pagi hilang ntah kemana.
"Abangggg!!!" Maria menjerit melihat Adib berlari menuju kelaut. Tidak dihirauakan perut yang dikendong, Maria berlari mendapatkan suaminya.
Mariam yang mengesot keluar dari bilik menjerit nama Maria , risau akan kandungan Maria kerana Maria berlari tanpa menghiraukan anak dalam perutnya yang bakal lahir lagi 2 bulan.
Sudah Maria jangka, Adib berlari menuju kelaut. Adib terus membiarkan dirinya dibalun ombak , tapak kakinya tidak berhenti menuju kehadapan tanpa menghirauakn jeritan Maria.
"Ambillah aku, jangan kau ganggu keluarga aku!!"jerit Adib. Maria yang sudah sampai kegigi air menjerit nama Adib, namun langkannya makin longlai. darah sudah mengalir keluar dari celah kaki, pinar pandangannya, kelihatan tubuh suaminya sayup sayup dimamah laut. Itulah kali terakhir Maria melihat Adib.
Pohon Ara sibuk melentokan diri kerana dihembus angin pantai laut Kemuning. Buahnya terapung dicelah batu dihempas air laut. Pokok Ara itu melindungi diri Maria dari dimamah panas terik sang mentari. Maria kelihatan pucat, sudah berbulan Adib hilang. Hanya ada seketika Maria bermimpi menemui Adib. Itu tidak cukup untuk Maria melampiaskan rindunya seorang isteri kepada suaminya, Maria ingin memberitahu kesusahan hatinya yang keguguran anak pertama mereka. Semua itu Maria simpan didalam hati.
Dari terik mentari sehinggalah mentari senja menemani diri, Maria tetap tegar menanti Adib muncul dari laut. Walaupun Maria tahu harapan itu mungkin hanya tinggal harapan. Bagaikan duyung yang rindukan laut, begitulah rasa hatinya yang menanti Adib dipinggir laut Kemuning.

No comments:

Post a Comment