Monday, June 28, 2010

Bagaikan Duyung( Bab 1 dan 2)

Bab 1:Ombak menderu
Seharian Mariam berjalan menyusuri pantai yang putih, kakinya dipukul ombak kecil, buih buih kecil menari nari dijarinya. Dibawah mentari terik, Mariam memekik nama Maria. Tiada balasan, hanya deruan angin yang mencabar tubuh tuanya dari maju kehadapan. Namun demi kasihkan Maria anak bongsunya dan risaukan keselamatan anak gadisnya itu, Mariam tetap berjalan mencari Maria dipantai.
Dari jauh,Mariam ternampak tusuk tubuh seorang gadis berpakaian kurung lusuh, berdiri di batu tinggi.Hempasan ombak ganas menghempas batu, " Maria..Maria!!! jerit Mariam. Namun pandangan Maria tetap setia pada hempasan ombak yang ganas itu, tiada sebarang belas kasihan pada ibu tua yang berlari mendapatkan nya. "Maria.. mari pulang... sudah petang nak.." Mariam merangkul lengan Maria.
Malam menjelma, rumah kayu yang didiamai dua beranak itu hanya disinari lampu pelita minyak tanah. Jeritan cengkerik menjadi halwa telinga. Mariam sibuk memerap ikan untuk di keringkan esok, udang dan anak ikan perlu dibasuh dan disiapkan menjadi belacan. Tiga hari lagi jiran nya Hamdan akan membawa hasil ikan kering dan belacannya untuk dijual di pekan, dapatlah dapur Mariam berasap lagi. Sudah seharian dapurnya tidak berasap akibat keputusan bekalan beras. Hanya ikan masin dan ubi rebus menjadi peneman ketika lapar. Maria masih melabuhkan punggungnya di dinding mengadap tingkap. Sambil diuraikan rambutnya, nyanyian kecil seperti sang puteri menanti puteranaya. itulah Maria.
"Maria.. kau tak sayangkan mak ke Maria?" Mariam datang memeluk Maria. " mak.. abg Adib janji nak pulang ..Maria tunggu mak" suara halus keluar dari bibir Maria diikuti air mata membasahai pipi mulus Maria. "Mak...abg belum mati mak, dia ada.. dia suruh Maria tunggu kat pantai...dia kena kurung dengan Puteri Duyung mak..mak percayakan? betul mak.. tiap malam Maria mimpi mak..." sungguh sungguh Maria bercerita pada ibunya itu. "Sudahlah nak... ya mak percayakan kau nak.. kau anak mak".
Bab2:Maria Dan Adib
Sinar pagi di kampung Kemuning membasahi tanah milik penduduk di situ. Maria ligat memetik pucuk paku di bukit, bunyi burung sesekali bersahutan bagaikan bercerita sesama mereka. Maria sudah masak dengan selok belok lereng bukit Kemuning itu. Disitulah dia dan ayahnya mencari hasil hutan untuk dijual dan disitulah jua dia kehilangan ayahnya kerana dipatuk ular. maria masih mentah, usianya baru 7 tahun, terkenang ayah tempat bergantung hidup sudah tiada, kini Maria membantu ibunya Mariam meneruskan hidup.
Daun bergoyang dan bunyi tapak kaki mencemaskan Maria. nafasnya turun naik, matanya ligat mencari punca bunyi itu, takut takut pak belang datang. "Maaf.. maaf jika saya takutkan kamu...saya tak bermaksud nak.." belum sempat anak mua itu meghabiskan ayatnya Maria bingkas memegang sebatang kayu "Awak siapa? kenapa awak menghendap saya? awak ada niat jahat kan? jangan.. saya jerit nanti... " diacunya kayu itu kearah pemuda itu, habis pucuk paku dikutipnya dilepaskan. " jangan awak.. saya Adib, saya orang baru disini, kapal saya rosak dihempas ombak, saya perlukan pertolongan cik..? lirik mata pemuda bernama Adib itu memandang Maria, "Maria.. saya Maria..apa yang saya boleh tolong?" "Maria saya perlukan perlindungan sebelum kapal saya siap, kalu boleh saya nak menumpang rumah Maria, itupun jika Maria dan keluarga Maria tidak keberatan menerima anak perantau macam saya."
Maria menurunkan kayu lalu menjawab "Adib ikut Maria, kita tanya mak Maria dulu" sambil Maria mengutip pucuk paku yang bertaburan, Adib kelihatan gembira terus menolong Maria.
Dari jauh Maria memanggil ibunya. Kaget ibunya, ingatkan ada berita yang buruk yang dibawa anaknya, "kenapa Maria? Siapa dia?" Adib diam membisu di luar rumah Maria menanti keputusan Mariam. Maria naik kerumah berbincang denagan ibunya, setelah Maria bercerita kepada ibunya, Mariam bingkas bangun dan menjemput Adib naik kerumah. Dari situlah bermula bibit perkenalan antara Maria dan Adib.

No comments:

Post a Comment