Bab 3: Cinta Mekar Dan Bersemi
"Mak Mariam... siapa pemuda yang kacak tu? mulut becok Laila jiranya sambil memilih ikan kering Mariam , tangan Laila sibuk memegang ikan namun matanaya sibuk melihat Adib membelah kayu diperkarangan rumah Mariam. Susuk tubuh Adib yang sasa menghayun kapak sudah cukup membuatkan Laila membulatkan matanya. "itu Adib, anak angkat Mak Mariam..kapalnya rosak, nun hujung sana katanaya, lagipun rumah ini tiada siapa, Mak dan Maria saja, jadi mak tak kisah tumapngkan Adib, boleh kuat semanggat sikit" " Eh Mak Mariam.. tak takut ke? ntah ntah si Adib tu lanun laut tak? " "ish.. kamu ni Laila..sudah seminggu Adib disini, tiada yang buruk pada budak itu..haaa.. ni nak ke tak ikan kering ni?dari tadi asyik angkat letak.. habis bertabur ikan aku ni..! Mariam menegur Laila. "Bukan apa, saya ni risaukan Mak Mariam, tadi kat pasar Laila ada dengar orang cakap pasal ada orang barukat rumah Mak Mariam, sebab tu Laila datang lihat" ikan kering Mak Mariam dipilih Laila sambil mulut dan matanya muncung kearah Adib. " Laila, aku hanya nak berjasa pada orang yang memerlukan, kan itu suruhan agama..membantu sesama kita?" " dah la Mak Mariam, Laila pulang.. kejap lagi abg Hamdan nak makan.. tapi Mak Mariam.. ingat Mak Mariam ada anak gadis, tak elok dilihat orang." Laila berlalu meninggalkam Mariam termanggu memikirkan.
"Abg Adib!!Maria ada buatkan kopi dan kuih.. marilah makan.." Maria menarik tangan Adib sambil membisikan sesuatu di telinga Adib lalu berderailah ketawa antara Adib dan Maria. Mariam memandang dengan seribu persoalan.
Petang itu Mariam mematikan dirinya di beranda sambil memandang keluar, kopi dan pengat pisang kegemaran Mariam langsung tidak diusik. "Mak..." terkejut Mariam memandang Adib berada disebelahnya. "Mak.. Adib tahu apa yang berada difikiran mak..mak risaukan apa yang orang kampung cakap kan?" " Adib orang kampung memang macam itu, ketika kita susah tak dirisaukan, ketika kita senang, itu yang dirisaukan mereka.. biarkan..nanti diamlah semua" Mariam mengukir senyum pada Adib, namun senyuman itu masih mengambarkan risau akan masa depan anak gadisnya. " Mak, jika mak benarkan..boleh Adib menyunting Maria sebagai isteri Adib?
"Adib..bukan mak nak.." Mariam terdiam kerana Adib memintas " Adib tahu cara Adib salah, tak beradap.. tapi Adib tiada keluarga nak wakilkan Adib...maafkan Adib mak jika Adib tak layak untuk Maria"
"Adib..mak bangga dengan Adib..walaupun mak baru mengenali Adib tapi mak percayakan Adib. Baiklah, mak terima pinangan Adib" Mariam memeluk Adib yang mencium tangannya.
"Mak ..Adib berjanji akan menjaga Maria dan mak..terima kasih mak"
Tersentuh Mariam melihat kesungguhan Adib, Maria datang memeluk ibunya.
Mata Adib dan Maria bertentangan, kini gelora jiwa mereka bakal termetrai. Harapan mengunung agar dapat bersama ahkirnya termakbul.
Bab4: Janji Adib
Sebulan sudah berlalu, kini rumah Mariam riuh dengan kasih sayang antara Adib dan Maria. Maris begitu gembira kerana Adib sangat menyanginya. Mariam pula lega kerana anak kesayangannya kini ada orang yang jaga, ringan sikit bebab Mariam.
"mak, makanlah sambal nie.." Maria menghulurkan piring samabal kearah Mariam. "Maria..makan banyak sikit, kamu tu sekarang dah berbadan dua, makan sekarang kena untuk dua orang..ingat"ujar Mariam sambil melihat Adib yang begitu asyik menguyah nasi dan gulai ikan tanpa menghiraukan perbualan antara Mariam dan Maria. Maria mengangguk, tanda faham dan diusapnya perut sambil senyum. Begitulah kehidupan Mariam sekarang, Adib sudah menjadi tulang belakang menjaga mereka berdua. Adib sekarang makin bertambah rajin berkerja semenjak bidan Muna mengesahkan yang Maria mengandung. Mariam pula sudah boleh duduk senang sambil menolong Maria melakuan kerja rumah. Bagi Mariam, Adib memang seorang yang menepati janji,janji untuk menjaga Maria dan Mariam.
Memang benar kata pepatah melayu, langit tak selalunya cerah, bila mendung berarak duka lara datang menjelma. Suatu petang ketika sibuk Mariam memberi makan ayam di laman, Darus anak pengulu datang berlari memberitahu yang mereka menjumpai sampan Adib hanyut dilautan tanpa orangnya. Mereka percaya Adib jatuh dilautan dan dikhutiri lemas atau hilang dialutan gelora. Tergamam Mariam, namun mesti kuatkan hati memberi semanggat pada Maria yang sudah tiga hari menangis memikrkan nasibnya. Pada yang Esa tempat Mariam memohon agar Adib dijumapi selamat. penduduk kampung sudah berputus asa mencari adib.
Namun, dengan kuasa yang Esa, pada hari keempat selepas kejadian, Adib dijumpai didalam hutan, merayau rayau seorang diri.
Adib kini suadah berubah, dia lebih suka bercakap sendirian, Mariam dan Maria sudah penat cuba memahami apa yang dituturkan. Namun mereka tidak begitu memahami. yang mereka faham Adib selalu bercakap dan memarahi seseorang dan menyuruhnya pulang. ada kala Adib meracau seorang diri, seperti ada yang menganggu dan menyuruhnya pulang kelaut.
Bermacam ubat dan pawang telah dicuba. turut diamalkan petua dan segala pantang larang untuk memulihkan Adib, namun semuanya menemui jalan buntu. Sudah bermacam jenis cerita mariam dengar dari orang kampung, ada yang mengatakan Adip hanyut dan terhantuk di batu itu sebabnya dia kurang siuman. Ada juga yang mengatakan Adib diganggu puaka kerana memancing di kawasan salah. Namun semua itu tidak mematahkan semanggat Mariam memulihakn Adib supaya kebahagiaan Maria dapat dikembalikan.

No comments:
Post a Comment