
"Kehilangan, perpisahan , kebahagiaan .... tiga benda yang hampir berbeza tapi berada dibawah satu bumbung... bumbung percintaan.. kerana dengan hanya bercinta akan bakal buat anda rasa antara ketiga tiga itu.. bagi aku yang paling perit sekali adalah kehilangan insan yang paling disayangi.. insan yang bagi kita cukup istimewa untuk kita kongsi hidup... bina impian bersama..
seringkali minda aku berfikir kenapa insan lain bahagia? kenapa tidak aku? melihat pasangan berjalan didepan mata cukup membuatkan aku rasa sangat cemburu! benci dan rasa tidak adil.
Mungin aku tidak patut berfikir begitu..tapi maaflah aku keliru...
Perkenalan yang cukup singkat cukup membahagiakan aku. Dia hadir tanpa aku undang.. mengetuk pintu hati ku... insan yang cukup istimewa.. dia mampu menarik hatiku dengan hanya telatahnya yang bersahaja.. yang manja dengan ku... begitu juga aku.. kami cukup serasi...
banyak kenangan indah bersama... terlalu manis untuk aku ungkap.. masih aku ingat kami sentiasa bertembung menghantar sms.. itu bermakna kami saling meingati sentiasa...
Jika dia merajuk aku akan cepat2 pujuk... kalu aku sakit dialah yang paling susah hati.. sedangkan sakit ku hanyalah sikit... tapi ... itulah cinta..
banyak persamaan kami... dia suka pelangi petang dan aku suka mentari petang ... dia suka tasik.. begitu juga aku.. dia suka blogging begitu juga minatku... blog terakhirnya yang dia hadiahkan buat ku.... barang hadiah yang paling istimewa buatku... mengalahkan barang2 lain..
Aku sayang dia.. terlalu sayangkan dia.. kami hampir menempah kebahagiaan... lagi beberapa bulan.. kami sepatutnya di tunangkan... tapi kini... dia pergi... hilang.... tiada lagi....
Allah lebih sayangi dia.... tinggal aku disini.... bersendirian bersama mimpi dan impian kami...
Mohd Azhar Husin.... kau adalah insan yang paling istimewa buatku..... paling aku sayang dan cinta... aku tidak malu untuk mengatakan " Bee cintakan Abg.. sampai bila bila... bagi bee walaupun abg telah tiada.. tapi abg masih dihati bee... masih dan akan sentiasa berada di sisi ku...dan abg.. sebagai tanda cinta bee... bee akan doakan abg disana agar roh abg dirahmati Allah... Ya Allah... Kau tempatkanlah Abg Azhar disisi org org beriman... lidungilah dia Ya Allah... Aku redha dengan permegiannya...
No comments:
Post a Comment